Wednesday, June 10, 2009

Filem Indonesia..bagus ke??

Assalamualaikum wahai bloggers yang ku kasihi sekalian.kali ini aku akan menyentuh topik yang berkaitan dengan filem indonesia yang terlalu digilai ramai.melalui pemerhatian yang mendalam,aku dapati orang ramai lebih rela melihat filem tamil daripada sinetron indonesia yang bisa membuat anda sakit jantung kerana geram dengan watak jahat dalam filem itu.samaada anda sedar atau tidak,mari lihat ciriciri biasa yang ketara dalam semua drama indonesia.

  1. nama filem yang panjang tahap melampau..contohnya: Apat dapat dapat apat, suami-suami takut istri, aku mau hartanya dan tidak cintanya..(ada ke??)

2.mesti ada pelakon jahat yang bersifat talam 2 muka.sekejap jadi kawan baik..dan selepas itu mesti upah penjahat untuk membunuh kawan baiknya sendiri.

3.mesti ada masalah yang menimpa sebuah keluarga miskin.dan masalah itu semestinya adalah bayaran hospital yang mahal dan tidak mampu dibayar oleh keluarga si miskin.

4. akibatnya,akan ada la orang yang mengambil kesempatan. (meminjamkan wang dan kemudian mempunyai maksud jahat di sebaliknya.)

5. setiap watak jahat mesti mempunyai konco-konco yang berbadan sasa, memakai jaket jeans, berantai atau gelang besar, dan merkaca mata hitam.

6.watak baik dalam filem indon ni mestilah baik macam malaikat, sikap sabar yang tak masuk akal. lepas dimalukan di khalayak ramai,mesti balik rumah dan menangis.

7. setiap karakter dalam filem indon ini mesti la ada babak bercakap dalam hati. bentuk atau bahasa tubuh melalui mata dan gerakan bibir akan membezakan watak jahat dan baik.

8. setiap wayang indon akan sentiasa mempunyai watak kanak- kanak yang bermulut becok dan nakal.

jika anda rasa apa yang saya ckapkan ni betul,sila undi dan hantarkan komen.terima kasih.

No comments:

Post a Comment