Monday, September 17, 2012

:)

hellohello! usangnya sudah blog ni.....lepas ni, mungkin akan selalu update blog ni walaupun sebenarnya tuan punya blog sudah berpindah ke wp and tumblr + other social networking sites....will continue later la kay..daaaa~~~^_^

Thursday, August 13, 2009

guys,ni adalah lagu bertekad cemerlang..lyric and video disusun oleh gua..hahaha..semangat la tu konon..kikikikiki...walau apa pun,enjoy this song..best lagu ni...

Wednesday, June 10, 2009

Filem Indonesia..bagus ke??

Assalamualaikum wahai bloggers yang ku kasihi sekalian.kali ini aku akan menyentuh topik yang berkaitan dengan filem indonesia yang terlalu digilai ramai.melalui pemerhatian yang mendalam,aku dapati orang ramai lebih rela melihat filem tamil daripada sinetron indonesia yang bisa membuat anda sakit jantung kerana geram dengan watak jahat dalam filem itu.samaada anda sedar atau tidak,mari lihat ciriciri biasa yang ketara dalam semua drama indonesia.

  1. nama filem yang panjang tahap melampau..contohnya: Apat dapat dapat apat, suami-suami takut istri, aku mau hartanya dan tidak cintanya..(ada ke??)

2.mesti ada pelakon jahat yang bersifat talam 2 muka.sekejap jadi kawan baik..dan selepas itu mesti upah penjahat untuk membunuh kawan baiknya sendiri.

3.mesti ada masalah yang menimpa sebuah keluarga miskin.dan masalah itu semestinya adalah bayaran hospital yang mahal dan tidak mampu dibayar oleh keluarga si miskin.

4. akibatnya,akan ada la orang yang mengambil kesempatan. (meminjamkan wang dan kemudian mempunyai maksud jahat di sebaliknya.)

5. setiap watak jahat mesti mempunyai konco-konco yang berbadan sasa, memakai jaket jeans, berantai atau gelang besar, dan merkaca mata hitam.

6.watak baik dalam filem indon ni mestilah baik macam malaikat, sikap sabar yang tak masuk akal. lepas dimalukan di khalayak ramai,mesti balik rumah dan menangis.

7. setiap karakter dalam filem indon ini mesti la ada babak bercakap dalam hati. bentuk atau bahasa tubuh melalui mata dan gerakan bibir akan membezakan watak jahat dan baik.

8. setiap wayang indon akan sentiasa mempunyai watak kanak- kanak yang bermulut becok dan nakal.

jika anda rasa apa yang saya ckapkan ni betul,sila undi dan hantarkan komen.terima kasih.

Tuesday, June 9, 2009

Hai Kawan-Kawan! Jom Tengok Video Bodoh.

assalamualaikum sahabat sahabat Bloggers ku.rasanya dah agak lama aku tak update blog aku ni.setelah lama aku bertapa,ini lah yang ku bawa kepada kalian.huhuhu.merupakan salah satu karya ku yang terbaru.pelakon yang diupah adalah adik ku sendiri ah xiq.so,cakap panjang pun tak guna,layan la video ni.haha.adioss!!

Tuesday, May 26, 2009

nak jadi komando? cubalah..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh... bloggers. agaknya dah lama aku tak menulis kan?? kali ni aku nak sentuh pasal kehidupan seorang perajurit..rasanya anda dah tengok video di atas.video ini pernah menimbulkan isu di parlimen tidak lama dahulu.seorang ahli politik dari parti cap ayam telah menimbulkan isu ini.si jahil yang tidak tahu apa-apa tentang alam ketenteraan itu mendakwa bahawa video ini mendedahkan salah satu bentuk penderaan yang dilakukan ke atas penuntut kursus asas komando.video ni merupakan salah satu latihan yang wajib ditempuhi oleh setiap perajurit yang mengikuti latihan asas sebelum layak memakai beret hijau dan lanyard biru yang menjadi kebanggaan seorang anggota komando.jika anda fikir latihan ini tidak berperikemanusiaan,fikir kembali. ini adalah jalan yang dipilih oleh perajurit itu sendiri.untuk pengetahuan anda, keanggotaan dalam komando adalah sukarela.tidak ada paksaan untuk menjadi seorang anggota komando.sesuai dengan motto pusat latihan anggota pasukan elit ini,"anda datang tidak diundang,jika ragu boleh pulang''. jadi,bagi sesiapa yang fikir askar ni tau nak dera anak orang jer,baik cakap elok-elok lain hari.sebab orang macam kami ni la yang akan mara jika berlakunya DARURAT.ingat tu.jangan pandang keburukan kami je.lihatlah dari segi yang baik.salah ke kami nak pilih jalan macam ni?(menjadi seorang anggota tentera). sedangkan niat kami suci.kami nak pertahankan negara ni.jadi,jika'insan-insan' yang duduk dalam unit komando tu DILANYAK teruk,jangan pertikaikan.kerana mereka bukan RELA, PERTAHANAN AWAM, atau BULAN SABIT MERAH.mereka juga bukan askar biasa.mereka adalah anggota pasukan REJIMEN GERAKHAS.mereka adalah toughest among the tough. latihan mereka mestilah lain dari yang lain.semuanya adalah demi kebaikan mereka semasa melakukan operasi rahsia mdan tugas2 sulit.so pada orang2 besar tu,jangan tau nak cakap je.bak sini .lapor la dekat PULPAK.tengok tahan ke tak.

**perhatian** insan yang menulis blog ni BUKAN seorang komando.

Tuesday, May 12, 2009

Harimau + manusia =sama sama bodoh

wahai bloggers.ni kisah tentang seorang lelaki yang dibaham oleh 2 ekor harimau siberia.memang sedih la eku tengok video ni.nampak sangat kita masih lagi lemah.memang kita maju.tapi kita masih tak dapat lawan kuasa mother nature.ni la buktinya.harimau baham manusia.kita tak dapat buat apa2.yang aku sakit hati,pihak keselamatan zoo datang terlalu lewat utk menyelamatkan mangsa.tengok la kaki lelaki tu,nampak semacam je.mayb patah sbb kne baham dek harimau yang ganas tu.aku tak tau nak cakap apa.memang aku sakit hati.

Monday, May 11, 2009

alexius the great

Assalamualaikum Bloggers.ini adalah kisah tentang seorang kanak-kanak yang bernama alexius.kanak kanak ini merupakan salah seorang daripada ribuan kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman sabah.lihatlah gelagat si alexius ketika cikgunya mengajukan soalan yang benar benar mencabar minda.sesungguhnya kegigihan kanak kanak ini menjawab setiap soalan yang diberi harus mendapat pujian.lihatlah alexius yang pintar ini.anda pasti ingin berjumpa dengannya suatu hari nanti.adakah dia merupakan kanak-kanak yang bakal dipilih untuk mendapat biasiswa kerajaan persekutuan?adakah suatu hari nanti alexius akan dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pengajian?aku harap kerajaan alert dengan perkembangan si alexius ni.budak ni ada potensi.hahahahahahahahahaha.

RELEASE TENSION.JOM BUAT MENDE ALAH NI NGAN AKU!

1. ORANG BUNUH ORANG: sungguh jahat orang itu.


2. AYAM BERKOKOK DI ATAS BATANG: "rokok sebatang!"


3. SIAPA ULTRAMAN DIHATI ANDA: lelaki jepun yang memakai topeng dan baju ketat serta muncul di astro Ceria setiap hari sabtu jam 9.30 pagi.


4. KALI TERAKHIR ANDA BERBALAS PANTUN:ketika naik ke karaoke and lounge bersama rakan yang pening.


5. KALAU CIKGU ANDA TERAJANG ANDA: side-kick balik cikgu yang terajang anda tu.itu pun kalau anda masih lagi bernyawa.huhuhu

6. CHOOSE 1; BEST FRIENDS or BOYFRIEND/GIRLFRIEND: bestfriend!! (my girlfriend is my bestfriend)



7. SAYA NAK HIDUP PADA ZAMAN: pemerintahan jepun.sebab saya nak cucuk mata sepet hodoh dorang tu.


8. CIRI LELAKI PUJAAN WANITA ZAMAN SEKARANG: kereta,duit,fesyen,kerja bagus,dan sproting. (rupa tak penting.ada lelaki kaya muka hodoh mcm pembawa H1N1 tp awek cun mcm cindy crawford.)<---ni versi akhlak tak terpuji.wahai kaum wanita,anda boleh ubah versi ni kepada versi yang lebih terpuji.TQ



9. CIRI WANITA PUJAAN LELAKI ZAMAN SEKARANG: boleh angkut pegi clubbing anytime, bisa diatur, fesyen tetap penting, dan "kalau abang buat ni,abang jangan tinggalkan saya lagi.." (betul tak betul ni wahai jejaka2 macho sekalian?)<---yang ni versi akhlak runtuh ni.anda boleh modified versi nya kemudian.TQ kaum adam.




10. KENAPA 'MELAYU' SUKA 'RAKAM SENDIRI': kita diajar berdikari sejak kecil lagi.<--betol ape..


11. SEMAKIN BANYAK VIDEO MELAYU DI INTERNET: sokong produk buatan malaysia!<---kalau tak caye tanyalah tauke kedai.dier mesti cakap "barangan buatan malaysia bagus maaa.."


12. IRWANSYAH: mat indon yang tak berapa berbakat.tetapi bernasib baik kerana mempunyai rupa paras yang boleh 'diniagakan'.


13. BERITA GEMBIRA DARIPADA RAKAN ANDA: "hai alongue,finally girlfriend gua pregnant jugak.."


14. MASIH WUJUDKAH LOCHNESS MONSTER dan BIGFOOT?: ye la. dalam filem hollywood.


15. SIAPAKAH IDOLA ANDA?: mestilah my papa.encik muhammad suhaimi.

Thursday, May 7, 2009

Aku tak Ngantuk Lagi!!!

assalamualaikum bloggers..
kali ni aku nak lepas geram pulak.aku baru buat blog baru iaitu 'the green frog and princess of alberthania'..u all bleh la view dekat izzalsuhaimiblog.blogspot.com. macamana aku tak geram.baru sahaja aku hendak publish post tu,internet plak sengal.bayangkan.berapa banyak dah aku type,hangus2 mcm tu jerrr..siot melampau dah ni yop.k la..apa2 hal,aku nak sign out dulu.tata..papai bloggers.

Wednesday, May 6, 2009

dari jalan raya ke ambulans..terus ke meja autopsi.

assalamualaikum bloggers. anda masih ingat lagi video rakaman kemalangan jalan raya yang aku dah publish tempoh hari?itu adalah rakaman di tempat kejadian.

yang ni pulak video yang diambil semasa jenazah beliau disucikan di hospital daerah papar.memang mengerikan.apa-apa pun,aku harap korang hati-hati semasa menggunakan jalan raya.aku pun naik seram dengan video ni.tu yang tak dapat tidur tu.huh!!