Tuesday, May 5, 2009

VINCENT VAN GOGH: ANAK SENI YANG DIPINGGIRKAN

Add Image
vincent van gogh merupakan seorang lelaki biasa yang berasal dan dilahirkan di Groot-Zundert, Holland.beliau dilahirkan pada tahun 1853.kerjaya beliau pada asalnya ialah kerani di kedai buku.kemudian beliau menukar pekerjaan daripada bidang perkeranian kepada jurujual karya seni.

apabila menyedari kegagalan yang beliau hadapi dalam kedua bidang yang diceburinya itu, van gogh kemudiannya berhijrah ke belgium.di sana,beliau melihat seni sebagai satu cabang yang harus diceburinya,kerana beliau berpendapat,seni adalah satu cabang ilmu yang mulia kerana ia mencipta keindahan.dengan ini,beliau dapat melupakan kegagalan nya yang lalu. semasa di belgium, beliau banyak membeli karya-karya lukisan dari jepun.

beliau berhijrah sehingga ke itali dimana beliau bertemu dengan pissaro, monet, dan gauguin.disini lah cetusan idea seni beliau menyerlah.beliau mula berkarya.antara karya beliau ialah starry night (1889),stary night over the rhone, the old tower on the fields, dan mountanious landscape behind saint-paul hospital.

malang bagi dunia seni,pada tahun 1890, van gogh meninggal dunia kerana menembak dirinya sendiri akibat tekanan perasaan.beliau hanya berjaya menjual 1 (satu) lukisan sepanjang hidupnya..

selepas kematiannya,barulah masyarakat sedar akan bakat yang dimiliki van gogh.kini, lukisan asli van gogh bernilai bilion dolar.malah,ada yang tidak dijual dan disimpan di muzium van gogh.

No comments:

Post a Comment