Friday, May 1, 2009

lelaki cemburu.leceh atau satu kelebihan?


assalamualaikum dan selamat sejahtera.

aku nak sentuh pasal satu lagi topik yang sering aku dengar dari rakan rakan aku yang berlainan jantina dari aku.seringkali mereka menyentuh teman lelaki yang pencemburu dan tidak memahami.atas permintaan seseorang,aku terpaksa juga publish benda ni dalam blog aku.

sebenarnya bukan mudah untuk mendapat pasangan yang sempurna seperti yang kita idam-idamkan.malah,kita mungkin mendapat pasangan yang mempunyai sifat atau sikap yang tidak kita ingini seperti merokok,meminum arak dan sebagainya.

Sebagai seorang lelaki,aku faham macamana perasaan cemburu itu.terasa seperti hati berkata-kata setiap kali jauh dari si dia..percayalah.anda (lelaki) menjadi pencemburu kerana dibayangi oleh perkara yang anda pernah buat dulu.jika tidak pun,anda mungkin masih sukar untuk mempercayai si dia kerana si dia pernah mengkhianati kamu.

walau bagaimanapun,jangan jadikan perasaan cemburu itu sebagai satu wabak yang boleh mengganggu ketenteraman hidup peribadi anda.ingat,apabila anda berdepan dengan teman wanita yang tidak mahu dibawa berbincang,berbicaralah dengan lembut kepada si dia.kawal kemarahan anda dan jangan terburu-buru.!!

1 comment:

  1. cemburu..adakalanya pengikat kasih..adakalanya pembunuh rasa syg...cemburu perlu dalam setiap perhubungan...sbb itu wujudnya kata2 "cemburu tandanya sayang"...tp cemburu pun perlulah pada tempatnya...yakni..jgn sampai tahap cemburu buta..sehinggakan pasangan rasa rimas, terkongkong dgn sikap cemburu itu. cemburu ini akan merosakkan hubungan. pecayalah pada pasangan sebagaimana pasangan mempercayai anda..xsalah adanya perasaan ragu-ragu..tapi tanya dan bincanglah dengan baik...jgn terus menunjukkan rasa xpuas hati atau marah dengan tiba2...itu akan mendorong pasangan anda utk tidak jujur..kerana takut dimarahi atau dikasari...sampai tahap ini, tiada lagi nikmat cemburu yg sebenar..oleh itu cemburulah seadanya...

    ReplyDelete